Rabu, 21 Oktober 2009
Jambori Amal Kebangsaan
Dicatat oleh perjalanan hidup di 19:13 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 25 Maret 2009
CERAMAH KOKURIKULUM AMAL
Dicatat oleh perjalanan hidup di 00:52 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Sabtu, 21 Maret 2009
Mohd. Anis Mohamad Lutfi dari Sekolah Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena yang mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
BUKIT MERTAJAM 20 Mac – Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru memberi jaminan kepada umat Islam di negeri ini bahawa kehormatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara akan terus terpelihara. Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kerajaan negeri akan sentiasa mengambil pendekatan yang berhemah dalam meningkatkan syiar Islam. Menurutnya, semua perayaan agama Islam akan diteruskan di Pulau Pinang malah program sambutannya akan diperbaiki dari semasa ke semasa. ‘‘Kesungguhan kerajaan negeri dapat dilihat dengan kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli-ahli Exco dalam majlis hari ini,’’ katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini hari ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas. Tambah Mohammad Fairus, kehadiran Guan Eng pada majlis sambutan Maulidur Rasul menunjukkan rasa hormat Ketua Menteri itu terhadap agama Islam. Terdahulu, sebanyak 64 kontinjen yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) berarak dari Masjid Seberang Jaya hingga ke tapak ekspo tersebut. Mohammad Fairus turut menyeru generasi muda supaya mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W agar menjadi generasi “Alkhairiyul Amin” iaitu generasi kuat iman, baik akhlak, bermoral, berilmu serta berusaha memajukan segenap aspek kehidupan. Pada majlis itu, Abdul Rahman turut menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada bekas guru dan Imam Masjid Kampung Baru Tasek Gelugor, Said Saaban. Yang Dipertua Negeri turut menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang kepada Pengetua SMKA Daeratul Maarifil Wataniah, Pokok Senan, Hassim Salleh. Turut menerima anugerah ialah tiga orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Lelaki) (SMKA) Al-Mashoor, Sungai Batu, Muhamad Shahril Mohd. Nasir dan Muhammad Bazli Rosli, yang masing-masing mendapat 9A dalam PMR. Turut menerima anugerah Mohd. Anis Mohamad Lutfi dari Sekolah Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena yang mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat Mumtaz dalam STAM. Terdahulu, Abdul Rahman ketika menyampaikan ucaptamanya, meminta umat Islam menjadikan empat keperibadian Rasulullah sebagai panduan menjana semula kegemilangan ummah. Katanya, empat perkara itu ialah akhlak dan tingkah laku terpuji, keperibadian yang sempurna, tutur bicara yang selari dengan tindakan dan perbuatan serta bijaksana dan hikmah dalam tindakan. Menurutnya, perkara tersebut merupakan resipi kejayaan yang dapat dijadikan panduan bagi umat Islam mahupun yang bukan beragama Islam.sumber utusan
Dicatat oleh perjalanan hidup di 23:04 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Kamis, 05 Februari 2009
http://jabamal-logo.blogspot.com/
Dicatat oleh perjalanan hidup di 19:14 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 10 September 2008
Bersama Amal MKI di Bkt Tinggi Balik Pulau
Dicatat oleh perjalanan hidup di 20:26 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Senin, 08 September 2008
SEKITAR BILANGAN TAKBIR SEMBAHYANG JENAZAH
gambar hiasan lihat

Abu Hurairah berkata: ketika Rasulullah s.a.w. mendapat berita kematian Najasyi (raja Habsyah) pada hari kematiannya maka beliau keluar ke Mushalla dan membaris sahabat lalu takbir menyembahyangkan mayat itu empat kali takbir. Hadith Muttafaq alaih no. 555
Jabir berkata: Nabi s.a.w. ketika menyembahyangkan raja Ashmah al-Najasyi bertakbir empat takbir. Hadith Muttafaq alaih no. 557
Imam al-Syaukani menyebut beberapa hadith dan pendapat, antara lain diturunkan riwayat dibawah:
Dari Abd Rahman bin Abi Laila katanya adalah Zaid bin Arqam bertakbir terhadap jenazah yang mati dikalangan kami empat takbir, (ketika lain) ia bertakbir lima kali maka saya tanyakannya maka katanya Rasulullah bertakbir lima kali. (riwayat jamaah kecuali al-Bukhari)
Diriwayatkan dari Ibn Abd al-Bar di dalam al-Istizkar dari Abu Bakar bin Sulaiman bin Abu Hathmah dari bapanya "adalah nabi bertakbir sembahyang jenazah, empat kali, lima kali, tujuh kali, dan lapan kali sehingga apabila Raja Najasyi meninggal maka Nabi sembahyang empat takbir dan Nabi tetap sembahyang dengan empat takbir sehingga (baginda) mati.
Pendapat yang mengatakan sembahyang Jenazah dengan empat takbir adalah pendapat jumhur ulama, berkata al-Tarmizi: sembahyang jenazah dengan empat takbir adalah amalan sebahagian besar ahl ilmi di kalangan sahabat Nabi dan selainnya, pendapat ini adalah pendapat Sufyan Thauri, Malik bin Anas, Abdullah bin Mubarak, al-Syafie, Ahmad dan Ishak.
kesimpulan pendapat imam empat takbir sembahyang mayat adalah empat takbir dan ianya adalah pendapat jumhur ulama.lanjut
Dicatat oleh perjalanan hidup di 19:46 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Senin, 01 September 2008
Perarakan Menyambut Hari Kemerdekaan
UNIT AMAL PULAU PINANG HARI INI TELAH MENGUKIR SEJARAH APABILA MEREKA SERAMAI LEBIH KURANG 50 ORANG TELAH MENYERTAI PERARAKAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG BUAT JULUNG KALINYA DI DATARAN QUEENSBAY MALL PAGI TADI.
Tepat pada jam 6.45 pagi setelah menunaikan solat subuh dan sarapan pagi di Sekolah Rendah Islam Al-Ansar ,Permatang Pasir , Balik Pulau, kontigen Unit Amal Negeri Pulau Pinang seramai lebih kurang 50 orang bergerak secara berkonvoi kereta ke Bayan BayKontigen yang terdiri daripada ALP Unit Amal Negeri, wakil Unit Amal SMKA Khairiah Pokok Sena, wakil Unit Amal Sek Rendah Islam Bahrul Ulum(SRIBU), dan wakil Unit Amal Kawasan-Kawasan akhirnya tiba di perkarangan parkir Queensbay Mall lebih kurang 7.30 pagi.Setelah membuat persiapan dan taklimat terakhir daripada Sdr Norazman sebagai Pengarah UA Negeri , kontigen UA bergerak dan mengambil posisi yang telah ditetapkan oleh urusetia sambutan hari kemerdekaan. Masa dah peluang yang ada tidak disia-siakan begitu saja.
Jenuh para jurugambar UA mengambil shot yang paling bersejarah untuk unit amal negeri khusunya dan amnya kepada keseluruhan organisasi UA disemua peringkatLebih kurang jam 10.15 pagi tibalah giliran yang dinanti-nantikan oleh semua. Maka bergeraklah dengan tampan dan segak sekali kontigen Unita Amal Negeri Pulau Pinang.
Walaupun buat pertama kali menyertai acara besar sebegini rupa, UA masih dapat mempamirkan displin yang tinggi dan gerakkan yang baik dihadapan ribuan penonton dan tetamu yang hadir.Semasa bergerak lalu dihadapan pentas VIP, maka juruacara majlis pun memberi gambaran ringkat tentang moto dan slogan UNIT AMAL " BERAMAL KERANA ALLAH" diringgi tepukan gemuruh oleh para hadirin sekelian.Acara sambutan tamat pada jam 11.00 pagi dan setelah menjamah makanan yang dibekalkan oleh pihak urusetia, kontigen UA Negeri bertolak pulang ke tempat masing2 dengan penuh kegembiraan dan bersyukur kerana insya'allah selepas daripada tarikh 31 Ogos,2008, Unit Amal akan bergerak lebih maju lagi kehadapan ditengah-tengah masyarakat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pimpinan dan yang lebih penting lagi amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN BERAMAL KERANA ALLAHPenolong SetiausahaUNIT AMAL NEGERI PULAU PINANG.more
Dicatat oleh perjalanan hidup di 22:20 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Pengenalan Madrasah Khairiah Islamiah
TUJUAN DI TUBUHKAN.
Madrasah ini ditubuhkan untuk mendidik dan menanamkan semangat kasihkan agama,bangsa dan tanahair di kalangan anak bangsa serta sebagai pusat pendidikan Islam di tanahair.Kelahiran madrasah ini adalah di atas kesedaran dan semangat rakyat.
Dicatat oleh perjalanan hidup di 20:39 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Gambar Para Pelajar Madrasah Khairiah pada Hari Kebangsaan ke 51 di Quensbay Bayan baru
Dicatat oleh perjalanan hidup di 19:31 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: quensbay






